Salam..
Biarpun pada satu ketika selesa mendahului dengan kelebihan lima mata dalam set ketiga pada aksi final semalam, Koo-Tan mensia-siakannya dengan membiarkan lawan mereka, Mathias Boe-Carsten Mogensen mengejar dari belakang untuk menang 15-21, 21-18, 21-18.
Mereka berjaya mendahului 16-11 di set penentuan dan hanya memerlukan lima mata sahaja lagi untuk muncul juara tetapi tiba-tiba hilang tumpuan dengan membiarkan beregu No. 1 dunia dari Denmark itu memungut enam mata berturut-turut untuk mendahului 17-16.
Pada saat genting itulah, pelbagai kesilapan mula dilakukan Koo-Tan, sama ada menghantar bola keluar atau memberi bola tanggung kepada lawan mereka.
Ini membolehkan Boe-Mogensen tidak menoleh ke belakang lagi untuk menang, sekali gus merangkul kejuaraan Seluruh England buat kali pertama.
Dengan kemenangan itu, Boe-Mogensen berjaya menewaskan Koo-Tan buat kali kedua daripada sembilan pertemuan mereka setakat ini.
Kejayaan mereka juga berjaya menebus kekecewaan di pentas final kejohanan yang sama tahun lalu selepas tumpas pada rakan senegara, Lars Paaske-Jonas Rasmussen 23-21, 19-21, 24-26.
Tekan kalau suka .
0 KoMen KoWg?:
Post a Comment