CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Monday, September 14, 2009

Cara-cara nak cover malooooo...

Assalamualaikum....dan salam sejahtera wat peminat kipas susah mati Blog..hee...
kali nie Mr.O ader satu post yg leh dikatakan menarik dan berguna untuk smua...
dan untuk khidupan harian..hehehe...
so layan....Zas~~!


1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..

2. Kalo terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...

3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...

4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan....

5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di blakang anda....

6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula....

7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu...ye tak?....
selamat mencuba!!!

Monday, August 24, 2009

Siswa mati lemas di kolam UIA

Seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ditemui lemas dalam kolam renang di kampus itu di Gombak pagi ini.

Mayat Mohd Hafifi Hazwan Mohd Adnan, 20, ditemui pada 3 pagi dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata pelajar tahun pertama itu dilaporkan mandi di kolam bersama-sama empat rakannya selepas bermain futsal.

"Dia dipercayai tidak pandai berenang," katanya.

Ibu mangsa Norma Abdulah, 40-an, berkata beliau terkilan kerana tidak sempat untuk berpuasa bersama anaknya pada Ramadan tahun ini dan berhari raya bersama-sama.

"Malam pertama puasa sebelum sahur, arwah ada menelefon makcik dan memberitahu akan pulang pada hari raya nanti malah dia turut berjanji mahu membeli baju raya untuk adik-adiknya," katanya ketika ditemui pemberita selepas solat jenazah di Masjid UIAM di sini.

Norma berkata beliau mendapat panggilan mengenai kematian anaknya itu daripada pihak pengurusan universiti pada 3.30 pagi dan beliau sekeluarga bergegas dari rumah mereka di Jerteh, Terengganu.

Mohd Hafifi Hazwan, pelajar tahun pertama kursus kejuruteraan UIAM, merupakan anak kedua daripada lapan adik beradik.

Jenazah Mohd Hafifi Hazwan akan dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Alor Lintah, Jerteh, Terengganu, pada malam ini.

Sahabat karib Allahyarham, Muhamad Izad Yusof, 20, berkata selepas penat belajar pada kira-kira 1.30 pagi ini, mereka membuat keputusan untuk bermain futsal di kompleks sukan universiti itu.

"Habis bermain dalam pukul 2.30 pagi, pengawal keselamatan minta kami pulang kerana waktu sudah lewat. Jadi kami ikut arahan dan pulang ke hostel berkongsi menaiki motosikal tetapi Mohd Hafifi Hazwan telah mendahului rakannya yang lain kerana menunggang bersendirian," katanya.

Bagaimanapun, katanya, semasa ke hostel, mereka terdengar jeritan meminta tolong dari arah kolam renang dan terkejut apabila mendapati Mohd Hafifi Hazwan di dalam kolam renang itu.

Muhamad Izad berkata mereka berempat cuba sedaya upaya menolong mangsa namun gagal kerana mangsa tenggelam dan keadaan menjadi semakin sukar kerana kawasan kolam renang itu agak gelap sebelum mendapatkan bantuan pengawal keselamatan.

Beliau berkata sepanjang perkenalannya dengan Allahyarham, Mohd Hafifi Hazwan merupakan seorang rakan yang baik.

"Dia aktif dalam bersukan dan seorang yang ramah. Pemergiannya dalam bulan Ramadan adalah satu kehilangan besar buat kami dan saya akan ingat tragedi ini sampai bila-bila," katanya.

Terkejut gak en biler terbaca artikel nie..
tapi ALLAH maha berkuasa....biler2 Dia boleh tarik nyawa kita..
so, marilah kita sedekahkan AL-FatiHah kepada Allahyarham...
wlupon Mr.O xknal..ttp sbgai seorang muslim Mr.O berdoa smoga rohnya dicucuri rahmat n ditempatkan bersama owg2 soleh...AMin~~~!

Saturday, August 22, 2009

RamaDHan Yg MuLia~!



Tanpa disedari bulan ramadhan telah msok hari yg ke-2..
sggoh cepat msa berlalu...
mmg betol owg ckap...time is running fast..
hurm..kepada umat islam diluar sna...
berpuasa lah anda..jgan la pose olok2..
per pekdahnyer..
berlakon pose dpan owg blekang owg curi2 mnum air lam tandas..
per la.
klu nak mnum bek wat milo ais ker,milk shake ker darik kowg mnum air paip..
aper la.. Betoi kan aper Mr.O ckap


byak2 kan baca al-quran..berlipat ganda taw pahala kira dpat..


so lgik bgos klu kowg truskan berpuasa..
lgikpon skunk nie musim hujan..
bg pekrja2 yg biasanyer bekrja bwah cahaya matahari..xdak sbbnyer kowg nak ponteng pose..
sbb ALLAH dah bg hujan..bkan ntok kowg tadah minum air hujan tu..haha..
tp sbgai rahmat...kiranyer kowg xbekerja bwah pnas terik ag...tp persoalanyer kowg berkerja ker time2 hujan nie...(buruh binaan la mksodnyer)..
aper2 pon..
bulan nie bulan mulia..



ha..ikutla signboard2 nie..

malu la ckit klu mlas nak solat terawih tuh..dak kcik pon leh wat..


owg islam dikehendaki berpuasa bukan sekadar untuk menahan lapar darik mkn dan minum..
tp menahan diri dari smua perkara yg boleh mndatangkan dosa...haa..
pham tuh...so bulan posa nie..wat la ibadah byak2..
mner taw ramadhan nie ader la yg terakhir bg kita kan....
so hargailah...
renung2 kan selamat beramal~~~!!..



blah la setan2 durjana...penghancur cucu2 adam...laknat ko!!



salam~~!