Sunday, February 13, 2011
Say No to Valentine's Day
Salam..
hujung minggu Mr.O diisikan dengan menyertai program under cerserve team IIUM.. 'TITIAN WAHYU CLUB'..
program yang dinamakan 'SAY NO TO VALENTINE'S DAY'!
FYI..esok bersamaan 14 Feb 2011..merupakan hari valentine seluruh dunia..
hmm..aper sejarah Valentine nie ek? haaa.... kepada umat Islam.. jangan la korang semua sambut..
takda benefit langsong ok!
Mr.O n kwan2 yang lain g ikot program nie..kitaorang wat survey kat MASJID JAMEK dan CENTRAL MARKET..
agak letih dan pelbagai ragam manusia kitaorang tengok.. pelbagai feedback juga kitaorang dapat dari manusia2 yang lalu-lalang kat kawasan tu..
nie Mr.O ada skit history pasal Valentine's Day..
baca la..mungkin bagi yang tak tahu..lepas nie bole sebar2kan kat kengkawan korang semua...
VERSI 1
Ia diraikan sempena memperingati paderi Kristian bernama Pedro St. Valentino.Dia aktif menyebarkan agama kristian pada zaman pemerintahan Rom yang pada masa itu diperintah Claudius II. Raja Rom ini memenjarakan orang Kristian kerana mereka mengamalkan agama yang bertentangan dengan agama kuno Romawi.
Oleh kerana Valentine salah seorang penyebar agama Kristian, dia ditangkap dan diseksa di dalam penjara... Namun sepanjang malam di dalam penjara Valentine tetap sebarkan agama Kristian kepada banduan-banduan. Raja Rom mengetahui kegiatan Valentine dan memerintah Valentine dihuum bunuh pada 14 Februari. Lantaran itu, orang Kristian memandang mulia kepada valentino kerana kesanggupan mengorbankan nyawa kerana kepercayaan, kecintaannya tehadap syiar agama Nasrani iaitu agama Kristian. Malah sehingga mereka menyamakan Valentino seperti NABI ISA
Sumber2 menyatakan, ketika st. Valentine dalam penjara, beliau jatuh cinta pada anak seorang pegawai penjara. Kesalahan ini menyebabkan beliau dibunuh, tetapi sebelum itu Raja Claudius II memberi kepadanya pilihan sama ada meninggalkan agama yang dianutinya atau menerima hukuman bunuh. Beliau rela dibunuh, tetapi sebelum itu beliau sempat menulis surat cinta kepada gadis tersebut dengan menurunkan tanda tangan FROM YOUR VALENTINE (daripada valentine mu)
Sejak peristiwa itu, orang Kristian mengambil sempena 14 Februari pada setiap tahun untuk memperingati hari kematian St. Valentine, paderi kesayangan mereka..
VERSI 2
St. Valentine dibunuh kerana mengahwinkan ramai pemuda secara rahsia sedangkan undang - undang ROM pada ketika itu menghalang pemuda - pemudanya berkahwin dan berkeluarga.
Mereka dikerahkan untuk menjadi tentera sahaja. Perbuatan ini mendatangkan kemarahan Raja Rom dan ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung pada 14 Februari 269 Masihi.
VERSI 3
Ia dirayakan sempena kejatuhan Islam di Cordova, Sepanyol. St Valentine merupakan orang yang memaikan peranan penting dalam usaha menjathkan kerajaan Islam pada masa itu.
Dengan jasanya itu, Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 adalah tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim..
HA!!!! dah.. smpai 3 versi Mr.O bagi..
renung2kan~
p/s: actually tarikh lahir Mr.O pon 14 februari 1991.. tapi tak penah berbangga pon..sebab sesetengah orang anggap bertuah dilahirkan pada hari Valentine tapi tidak bagi Mr.O..its like normal day jer..HAHA
Tekan kalau suka .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 KoMen KoWg?:
yeah. say triple NO to valentine!!
thanks for sharing, gud information.. huehuee
@Si DauN CeRi
thanxz cik daun cheri.=)
bagus2 mr O...dah join gak Say No to Valentine ni..tp sampai 3 versi..hmm, satu kepelikan di situ..papepon bnda tu mmg memesongkan akidah dan akhlak..oleh tu tak perlu disambut..
@Jejaka Terhangat
aah...bnyak versi..tapi yang sebetol2 nya hnya ALLAH yg tawu..
tapi kita umat islam memang haram menyambut hari valentine nie..
Post a Comment