Pages

Monday, August 24, 2009

Siswa mati lemas di kolam UIA

Seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ditemui lemas dalam kolam renang di kampus itu di Gombak pagi ini.

Mayat Mohd Hafifi Hazwan Mohd Adnan, 20, ditemui pada 3 pagi dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata pelajar tahun pertama itu dilaporkan mandi di kolam bersama-sama empat rakannya selepas bermain futsal.

"Dia dipercayai tidak pandai berenang," katanya.

Ibu mangsa Norma Abdulah, 40-an, berkata beliau terkilan kerana tidak sempat untuk berpuasa bersama anaknya pada Ramadan tahun ini dan berhari raya bersama-sama.

"Malam pertama puasa sebelum sahur, arwah ada menelefon makcik dan memberitahu akan pulang pada hari raya nanti malah dia turut berjanji mahu membeli baju raya untuk adik-adiknya," katanya ketika ditemui pemberita selepas solat jenazah di Masjid UIAM di sini.

Norma berkata beliau mendapat panggilan mengenai kematian anaknya itu daripada pihak pengurusan universiti pada 3.30 pagi dan beliau sekeluarga bergegas dari rumah mereka di Jerteh, Terengganu.

Mohd Hafifi Hazwan, pelajar tahun pertama kursus kejuruteraan UIAM, merupakan anak kedua daripada lapan adik beradik.

Jenazah Mohd Hafifi Hazwan akan dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Alor Lintah, Jerteh, Terengganu, pada malam ini.

Sahabat karib Allahyarham, Muhamad Izad Yusof, 20, berkata selepas penat belajar pada kira-kira 1.30 pagi ini, mereka membuat keputusan untuk bermain futsal di kompleks sukan universiti itu.

"Habis bermain dalam pukul 2.30 pagi, pengawal keselamatan minta kami pulang kerana waktu sudah lewat. Jadi kami ikut arahan dan pulang ke hostel berkongsi menaiki motosikal tetapi Mohd Hafifi Hazwan telah mendahului rakannya yang lain kerana menunggang bersendirian," katanya.

Bagaimanapun, katanya, semasa ke hostel, mereka terdengar jeritan meminta tolong dari arah kolam renang dan terkejut apabila mendapati Mohd Hafifi Hazwan di dalam kolam renang itu.

Muhamad Izad berkata mereka berempat cuba sedaya upaya menolong mangsa namun gagal kerana mangsa tenggelam dan keadaan menjadi semakin sukar kerana kawasan kolam renang itu agak gelap sebelum mendapatkan bantuan pengawal keselamatan.

Beliau berkata sepanjang perkenalannya dengan Allahyarham, Mohd Hafifi Hazwan merupakan seorang rakan yang baik.

"Dia aktif dalam bersukan dan seorang yang ramah. Pemergiannya dalam bulan Ramadan adalah satu kehilangan besar buat kami dan saya akan ingat tragedi ini sampai bila-bila," katanya.

Terkejut gak en biler terbaca artikel nie..
tapi ALLAH maha berkuasa....biler2 Dia boleh tarik nyawa kita..
so, marilah kita sedekahkan AL-FatiHah kepada Allahyarham...
wlupon Mr.O xknal..ttp sbgai seorang muslim Mr.O berdoa smoga rohnya dicucuri rahmat n ditempatkan bersama owg2 soleh...AMin~~~!


Tekan kalau suka .

11 KoMen KoWg?:

maisyara pot! pot! said... [Balas Komen]

terkejut juga... but, sudah sampai yea waktu... tak dapat nak halang takdir... but, ade rahmat yea meninggal time bulan ramadhan ney... kerna, pintu syurga di buka luas2 utk umat NYA... it that true? kalo silap, sowie...

*al-fatihah utk beliau..

Farhah Zaidah said... [Balas Komen]

Al-Fatihah buatnya..moga rohnya dtempatkan dikalangan org beriman..

atok said... [Balas Komen]

ni la dak uia.
cam ank jugak la.
haha

PriNceghOstz said... [Balas Komen]

maisyara-yup btoi la tuh...pintu syuga terbuka luas..

PriNceghOstz said... [Balas Komen]

farhah-ye..smoga rohnya aman....

PriNceghOstz said... [Balas Komen]

atok-oit..asal ko gelak???
owg mninggal la..aper la..

NurAreefah said... [Balas Komen]

emm..
semuga apa2 yg tak baek menjadi pengajaran untuk kita~

kEy said... [Balas Komen]

takziah.

I n n z said... [Balas Komen]

aku knl dy
classmate UNGS
kitorng suke tgk dy
sbb dy ensem
hehe :)

PriNceghOstz said... [Balas Komen]

innz-yer la..pasni ko kna la tgok ak lak..
aku ponx kurang ensemnya..haha

I n n z said... [Balas Komen]

erk ?
ade chance ke kite sekelas wpun kite sekuliah
haha !